Tuesday, September 16, 2008

Menyelamatkan Proton

Sejak akhir-akhir ini Proton telah mengeluarkan pelbagai model yang dikatan boleh menyengat pasaran. Malangnya kemunculan Model Persona dan yang terbaru Saga masih belum mampu menakluk persada tempat PERTAMA industri permotoran di Malaysia. Proton masih di nombor di DUA (2) di belakang PeroDUA. Sepatutnya Proton di tempat PERTAMA (1). Masalah ini akan terus berterusan kerana tiadanya perancangan strategik Proton untuk memastikan pengeluaran Proton mengikut pasaran dan tempahan. Produk SAGA jika dilihat jauh bezanya dari segi kualiti, kapasiti dan harga berbanding VIVA yang kecil, harga yang tinggi dan perkapasiti rendah. Malang sekali jika tidak di buat sesuatu, baik di bahagian pembuatan, pemasaran dan jualan, Proton akan mungkin terus kekal di nombor 2 untuk tempoh yang panjang.